Wednesday, November 17, 2010

Datang Pergi dan Silih Berganti


Nama: Tuah
Asal : kampung Bestari Jaya

Kisah Tuah Yg hilang entah kemana.sangat syg pada TUAH. Seekor kucing yang aktif, lincah, baik,hormat tuan die, bijak pandai suma lah kasi pada TUAH nie.
Kami serumah amat sayangkannya.
Tapi die hilang entah kemana.Kami terpaksa tinggalkannya disebabkan masalah yg tak dapat dielakkan. TUAH datang memberikan keceriaan pada kami serumah.Bila penat study tgk TUAH terhibur hati yg lara. Hilang segala penat lelah belajar. TUAH sering mengembirakan kami.

TUAH hilang sampai sekarang tak balik rumah.
ucapan buah TUAH :
We all miss you so much!!!
MMMUUUAHHH....




Nama : Laila & Jebat
Asal : Kg Bestari Jaya ( jiran depan punya anak kucing )

Selepas TUAH pergi hilang entah kemana, datanglah LAILA & JEBAT menghiasi dan mengubati rindu kami pada TUAH.Dengan telatah mereka yg riang comel telah mengubati kerinduaan kami semua di rumah teratai 4 itu pada sang gagah iaitu TUAH tersayang.

lama kelaman Kasih sayang kami buat LAILA & JEBAT telah menebal di dalam hati.Kami semua menjaga mereka dengan sepenuh kasih syg.mereka berdua sungguh comel. LAILA kucing yg berbulu gebu. Ibarat seperti baka kucing parsi. JEBAT seperti TUAH yg comel dan sungguh lincah.

tidak lama kami menjaga mereka...
LAILA telah hilang entah kemana. Tercari2 lah kami semua.mana LAILA nie lame dah tak balik rumah.Kemana hilangnya LAILA nie.Baliklah LAILA kami rindukanmu. AAAhhh mungkin LAILA telah dicuri oleh org. LAILA cantik. bulu LAILA menawan. Siapa yg melihatnya pasti akan jatuh hati padanya.

Jgelah LAILA kami baik2. Kami serumah sygkan LAILA..miss you so much...




Nama : Anak2 Pasha Yg comel Comel Belaka
Asal : Teratai 4, Kg Bestari Jaya

Mereka mereka ni adalah anak PASHA.Comel sgt2 mereka ini. Kami melihat tumbesaran mereka. Dari umor 1hari sehingga 2 minggu kami serumah melihat perkembangan mereka. Mereka suma sungguh comel. Kami tidak lama dgn mereka. Cuti sem telah tiba.

Kami tetap sygkan mereka kerana meraka sgt comel..!!! Love you alll!!






Nama : Naboyyudin ( Bboy )
Asal : Tepi jln Tambun
Sekarang : Ampang Ipoh Perak.

Hahahahahahaha....
Ini adalah heroku kini.
semua datang dan suma telah pergi.Semuanya silih berganti.
BBOY kucing yg ayahku jumpanya ditgh jalan. Pada waktu itu BBOY kelihatan terpinga2 keseorangan kemanakah mahu ditujukan arah tujuan.

AYAH HERO telah ambil BBOY dan membawa balik kerumah.Dari seekor kucing yg tidak pandai berjalan. Masih bertaktih taktih seperti bayi yg baru belajar berjalan kini BBOY adalah heroku. BBOY membesar dengan penuh kasih sayang. BBOY membesar dengan rasa cinta kasih yg melimpah ruah.

BBOY comel
BBOY Lincah
BBOY cerdik
BBOY adalah segalanya kini...

Kami sekeluarga terlalu sygkannya...
aku mendoakan semoga BBOY akan sentiasa bersama kami sekeluarga....

BBOY SAYANG!!!!

0 comments:

Post a Comment

Happy Family