Friday, December 10, 2010

Hari demi hari

Hari demi hari..
Detik demi detik..
Segalanya akan muncul dan tiba...
Sama2 kita nantikan.

Monday, December 6, 2010

Tuk anak cucu minta nombor...




gangkung..Ngangkung..adeyy..bukan kangkung ya..
Ini Ngangkung 3.5 Juta punya Ngangkung. Tahniah aku ingin ucapkan kepada Pengarah Filem Ngangkung Ismail Hashim @ Bob atas kejayaan beliau dalam mengarah filem ini.
Hanya dalam seminggu itulah jumlah kutipan setakat ini. Apa yang menarik ek? Aku belum tengok lagi.
Dah lama aku tak pergi tengok wayang lah. Teringin nak g tengok citer nie. Macam kelakar habis jer.



Ucapan buat encik kekasih : Bawaklah saya tgk citer nie. Yer??=]

Tiada Kesempatan

Dah lama rasanya saya najatul aida tidak menulis diruangan ini.
Almaklumlah kuliah telah mula jadi kesempatan untuk meruangkan masa bagi menulis ini agak terhad.

kerja...kerja..kerja...huhuhu
banyaknyer tapi semunya perlu dilaksanakan dengan pantas.
Mahu jadi pelajar kemerlangan, cik naja anda dilarang merungut sedemikian rupa yer.

sebut pasal belajar...
ini adalah sem akhir saya cik naja disini.
teringat masa mula2 masuk dulu malu2 takut2 mencari2 teman teman baru disini tempatku menimba ilmu UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR..

oklah ada ape yg nak diperkatakan sgt nie. nanti ada masa dan ketika saya cik naja akan menulis lagi yer menceritakan apa yg berlaku.

Doakan kejayaan saya teman teman.
Seoga sumanya berjaya..
wassalam...

Friday, November 19, 2010

Belajar Benda Baru

Hahahahaha.....akhirnya aku berjaya...
Semuanya dengan usaha dan kesungguhan yg berkobar2...
Akhirnya blog aku dihiasi ngan music music yang mendodoikan.
Hari nie aku pelajari benda baru, almaklumlah baru jer berjinak2 ngan BLOG nie mane lah taw sgt.Selama nie menerjah facebook, myspace, tagged dan etc. Sejak Sejak nie jer saje suka menulis diruangan ini.

Happynya...
Thanks pasa ECAH dan kawannya..kerna byk membantu diri nie yer...
Korang mmg baik laa.
Thanks you a lot.

Thursday, November 18, 2010

Cinta Sayang Rindu Kekasih


KEKASIH BIASA: hanya ingat senyum pada wajah kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu ingat senyum & tangis pada wajah kamu..
KEKASIH BIASA: tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur
KEKASIH SEJATI: tidak kisah bile2 pun..asalkan..kamu menghubunginya..
KEKASIH BIASA: selalu mendoakan kebahagiaan kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu mendoakan kebahagiaan kamu,dan berusaha untuk membahagiakan kamu.



KEKASIH BIASA: setiap detik menunggu panggilan daripada mu..
KELASIH SEJATI: setiap detik akan menghubungi kamu..
KEKASIH BIASA: melihat semua yg telah dia korbankan untuk mu
KEKASIH SEJATI: melihat semua yg telah kamu korbankan untuk dirinya..
KEKASIH BIASA: ingin kamu di samping menemaninya selalu..
KEKASIH SEJATI: sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya..
KEKASIH BIASA: selalu bertanya kepada kamu,mengapa kamu buat dia bersedih..
KEKASIH SEJATI: selalu bertanya pada dirinya sendiri..apakah dia selalu membuat kamu bersedih.



KEKASIH BIASA: berfikiran bahawa perpisahan adalah cara terbaik menyelesaikan masalah.
KEKASIH SEJATI: berfikiran bahawa perpisahan bukanlah penyelesaian terbaik..dan dia akan berusaha untuk menyelamatkan hubungan dengan menggunakan alternatif lain..Kekasih Sejati hanya akan meredhakan perpisahan setelah sgala usaha untuk mengharmonikan semula hubungan telah gagal...andai perpisahan itu mampu membuatkan pasangannya lebih bahagia..dia terima perpisahan itu dengan hati yang terbuka..walaupun perpisahan itu menyakitkan dirinya..!!
KEKASIH SEJATI: sangggup berhadapan dengan kekecewaaan, asalkan kekecewaan yg dialaminya itu mampu memberi kebahagiaan kpd kamu..sanggup menanggung penderitaan,& kesengsaraan, asalkan kamu bahagia..kebahagiaannya adalah setelah melihat kamu bahagia...

CINTA SEJATI..Tak Bertambah Disebabkan Kebaikan..Tak Berkurang Disebabkan Keburukan..

CINT SEJATI..Sukar Ditemui..Tetapi Tak Mustahil Untuk Dimiliki..


Pesanan untuk encik kekasih.

InsyaAllah....

dirimu akan menjadi kekasih sejati yang memiliki cinta sejati...

...Amin...

Wednesday, November 17, 2010

For the Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Datang Pergi dan Silih Berganti


Nama: Tuah
Asal : kampung Bestari Jaya

Kisah Tuah Yg hilang entah kemana.sangat syg pada TUAH. Seekor kucing yang aktif, lincah, baik,hormat tuan die, bijak pandai suma lah kasi pada TUAH nie.
Kami serumah amat sayangkannya.
Tapi die hilang entah kemana.Kami terpaksa tinggalkannya disebabkan masalah yg tak dapat dielakkan. TUAH datang memberikan keceriaan pada kami serumah.Bila penat study tgk TUAH terhibur hati yg lara. Hilang segala penat lelah belajar. TUAH sering mengembirakan kami.

TUAH hilang sampai sekarang tak balik rumah.
ucapan buah TUAH :
We all miss you so much!!!
MMMUUUAHHH....




Nama : Laila & Jebat
Asal : Kg Bestari Jaya ( jiran depan punya anak kucing )

Selepas TUAH pergi hilang entah kemana, datanglah LAILA & JEBAT menghiasi dan mengubati rindu kami pada TUAH.Dengan telatah mereka yg riang comel telah mengubati kerinduaan kami semua di rumah teratai 4 itu pada sang gagah iaitu TUAH tersayang.

lama kelaman Kasih sayang kami buat LAILA & JEBAT telah menebal di dalam hati.Kami semua menjaga mereka dengan sepenuh kasih syg.mereka berdua sungguh comel. LAILA kucing yg berbulu gebu. Ibarat seperti baka kucing parsi. JEBAT seperti TUAH yg comel dan sungguh lincah.

tidak lama kami menjaga mereka...
LAILA telah hilang entah kemana. Tercari2 lah kami semua.mana LAILA nie lame dah tak balik rumah.Kemana hilangnya LAILA nie.Baliklah LAILA kami rindukanmu. AAAhhh mungkin LAILA telah dicuri oleh org. LAILA cantik. bulu LAILA menawan. Siapa yg melihatnya pasti akan jatuh hati padanya.

Jgelah LAILA kami baik2. Kami serumah sygkan LAILA..miss you so much...




Nama : Anak2 Pasha Yg comel Comel Belaka
Asal : Teratai 4, Kg Bestari Jaya

Mereka mereka ni adalah anak PASHA.Comel sgt2 mereka ini. Kami melihat tumbesaran mereka. Dari umor 1hari sehingga 2 minggu kami serumah melihat perkembangan mereka. Mereka suma sungguh comel. Kami tidak lama dgn mereka. Cuti sem telah tiba.

Kami tetap sygkan mereka kerana meraka sgt comel..!!! Love you alll!!






Nama : Naboyyudin ( Bboy )
Asal : Tepi jln Tambun
Sekarang : Ampang Ipoh Perak.

Hahahahahahaha....
Ini adalah heroku kini.
semua datang dan suma telah pergi.Semuanya silih berganti.
BBOY kucing yg ayahku jumpanya ditgh jalan. Pada waktu itu BBOY kelihatan terpinga2 keseorangan kemanakah mahu ditujukan arah tujuan.

AYAH HERO telah ambil BBOY dan membawa balik kerumah.Dari seekor kucing yg tidak pandai berjalan. Masih bertaktih taktih seperti bayi yg baru belajar berjalan kini BBOY adalah heroku. BBOY membesar dengan penuh kasih sayang. BBOY membesar dengan rasa cinta kasih yg melimpah ruah.

BBOY comel
BBOY Lincah
BBOY cerdik
BBOY adalah segalanya kini...

Kami sekeluarga terlalu sygkannya...
aku mendoakan semoga BBOY akan sentiasa bersama kami sekeluarga....

BBOY SAYANG!!!!

Raya datang kembali


sudah lama rasanya tidak menulis diruangan ini.hidup ibarat pusingan roda yang sering membuat kita semua berputar mengikut pusingannya.Masa berlalu dengan begitu pantas hari raya Aidiladha telah tiba kembali.


Terima kasih ya Allah kerna telah memberikanku peluang merayakannya sekali lagi.
syukur alhamdulillah.


selamat hari raya!

selamat hari raya!
selamat hari raya Aidiladha..
Selamat hari raya Aidiladha semua.


selamat hari raya korban

selamat hari raya Aidiladha.


sambutlah salam Aidiladha buat semua.




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA....
Semoga amalan korban tahun ini mendapat keberkatan dari-Nya...
Insyaallah...Amin.....




Monday, November 1, 2010

Peristiwa Demi Peristiwa

Peristiwa Pertama
mahu pergi mkn bersama2 teman rumah.naik kerendaan kereta.Di sebuah perkampungan yg jauh ketiadaan pelajar2 u,matilah kg seperti padang jarak padang terkukur.
Beliau pergi mencari sesuap nasi bersama teman...
dari kampung - bb - ijok..aah terjumpa jua akhirnya.
selamat menjamu selera.

Peristiwa Kedua
kring kring kring telipon meluahkan bunyinya.beliau mahu pergi ke subang.Tapi hari dah mula gelap.Langit dah mula tak nampak apa2.aduh bagaimana ni..beliau meminta keizinan.

Dialog :
Beliau : nak g subang ye lepak ngan member2.dah janji ngan member nak lepak ngan dia.
Dia : xpayah laa.Hari dah lewat kan.Malam nie.Gelap nnti nak bawak moto bahaya.
Beliau : Ala org dah janji ngan kwn.Boleh yer?
Dia : Xboleh laa.Bahaya malam dah nie gelap la.duk rumah webcam ngan saya jer ye.Duk rumah rehat2 aja k.
Beliau : Hari tue org nak perg ckp mcm tue gak.Tapi tak webcam pun.

Suasana makin tegang.

Dia : Jgn pergi jugak
Beliau : pergi.nnti sampai msj.
Pergi..pergi...pergi...dan terus pergi..

Peristiwa ketiga
dah sampai area rumah kawan beliau.Tapi bukan dirumah.menunggu dgn penuh penantian.Tapi tidak berbunyi msj di telefon bimbit.keadaan menjadi sunyi sepi.

Peristiwa keempat
Sepanjang Malam lansung sunyi sepi hanset.rindukan bunyian hanset yg memanggil2 minta diangkat.

Peristiwa kelima
pergi melepak2 sehingga ke lewat mlm.Tak tahu sehingga jam berapa.

peristiwa keenam
tertunggu tunggu..ternanti nanti..
Dail berpuluh2 kali tapi tiada jawapan.
xboleh ke memberitahu dgn hanya 1 msj.

Peristiwa ketujuh
esok bgn tido.pukul 10 PAGI gerak balik.
tapi...
akhirnya..
lewat petang baru bergerak...

saya risaukan suma ini kerna saya sygkan beliau.Saya risaukan keselamatan beliau.saya taknak apa2 berlaku pada beliau.saya nak beliau sentiasa egat pada saya.saya buat mcm nie pada beliau kerna beliaupenting dalam hidup saya.saya maafkan semua kesalahan beliau.

beliau kini dalam perjalanan pulang.hati hati dijalanan.semoga selamat sampai ke rumah.Doa ikhlas dari saya akan sentiasa mengiringi perjalanan beliau.sayang awak sgt2 encik beliau...

Beliau sentiasa dihati saya.

Orang yang diSayang2 (ke-2)

Pertama: keluarga tersayang
Love you all so much..mmuuahh!!


mohamad shafik

Fiqah : yuni

naja : yaya : ubai


sayang2 saya jugak terdiri daripada...
Banyak lagi xlupa pada suma kawan2 saya.Dari sekolah
......sk rkt bersia....
.....sk kg pasir puteh...
....smk gunung rapat....
..... smk raja chulan....
now
.....universiti industri selangor....



Hai...
Jumpa lagi kita di post seterusnya...
Aduh..Rajin menulis lak skrang nie...Hari nie saya najatul aida nak memperkenalkan suma sayang2 yang ada dalam hati saya...Sumanya saya syg..syg yg tiada gantinya.Berikan segala harta emas dan juga permata,mereka2 ini juga lah yg akan memberikan kebahgiaan dlam hati saya.

Ucapan wat syg2 saya:
Anda semua perlu syg saya sentiasa.Sayang saya sehingga melimpah luah seperti air yang melimpah apabila penuh di dalam kolah.Bahgiakan saya sehingga saya merasakan saya org yg paling bahgia dan beruntung di dunia yg hanya dipinjamkan oleh-NYA sementara buat kita suma.Rindukan diri saya sebagaimana saya merindui kalian semua.

Teriama kasih telah memberikan makna dalam kehidupan saya.LOVE SO MUCH!!
Tak lupa pada yg baca post saya ini.Sayang kamu jua!!








Buat ayah ....Mohd Tajudin Bin Jamil


Ayah...
Terima Kasih Kerana membesarkan jaja dari kecil hingga dewasa.I Love you so much..

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..




Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Happy Family